Hadis Berkaitan Beridikari
Sabda RasululLah s.a.w.
ما أكل أحد طعاماً
خير من أن يأكل من عمل يده، وإن نبي الله داود كان يأكل من عمل يده
Riwayat al-Bukhari.
Maksudnya:
Tidak makan seseorang kamu suatu makanan yang lebih baik dari ia makan dari
hasil usaha tangannya sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud itu ia makan dari hasil usaha tangannya sendiri.
Hadis ini menggesa seseorang yang beriman agar:
1) Berusaha secara halal
2) Berusaha mencari rezeki halal baik sebagai tukang besi, peniaga, usahawan, petani, nelayan, peladang atau sebagainya.
3) Bekerja dengan amanah
4) Mengeluarkan sendiri suatu produk untuk keperluan sendiri amatlah baik dan
terpuji.
5) Menjauhi sikap bergantung dengan orang lain, meminta-minta atau menjadi pengimpot.
6) Keperluan umat Islam yang disedikan oleh orang kafir atau pengusaha yang tidak amanah sering mengandungi: bahan yang tidak halal seperti khinzir atau najis, mengandungi racun atau tidak asli. Oleh itu Umat Islam wajar mengurangkan pergantungan kepada sumber makanan dari luar. Usahakanlah sendiri bercucuk tanam, menternak binatang dan sebagainya.
1) Menetaskan anak ayam dengan alat buatan sendiri yang mudah.
2) Telur yang sedang dieramkan.
3) Anak ayam hasil tetasan berumur 25 hari.
4) Ibu ayam kampung menghasilkan telur dan daging
Sering timbul isu ayam tidak disembelih dengan betul atau bercampur dengan najis dan pelbagai isu lagi.
Islam itu indah.
No comments:
Post a Comment