MEMPERINGATI NUZUL AL QURAN
Kalaulah Kami turunkan
Qur’an ini kepada sebuah gunung, pastilah kamu dapat melihatnya tunduk
berpecahbelah kerana takutkan Allah. Dan demikianlah perumpamaan-perumpamaan
yang telah Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
Di mana jua al Quran turun atau berada, ia akan merubah keadaan dan suasana. Al-Quran mengangkat
darjat sesuatu, khususnya insan dari mertabat serendah-rendahnya menjadi
setinggi dan semulia-mula makhluk. Sahabat Nabi s.a.w. sebahagiannya berasal
dari hamba abdi berkulit hitam Afrika seperti Bilal bin Rabah menjadi mulia apabila
al-Quran meresapi diri dan jiwanya. Al Quran telah dan akan menjatuhkan
serendah dan sehina-hinaya orang yang tidak menerima al Quran. Contohnya kehinaan
telah menimpa Abu Jahal dan Abu Lahab.
Ambillah iktibar dari perkara berikut:
1. Jibril Ruhul Amin malaikat termulia kerana menjadi penyampai wahyu Allah khususnya al Quran.
2. NabiMuhammad digelar Saiyidul Mursalin dan dikurniakan kitab teragong al-Quran .
3. Umat Muhammad menjadi Khaira Ummati Ukhrijat Linnas kerana beriman kepada Rasul penerima
al-Quran
4. Bulan Ramadhan menjadi bulan terbaik kerana menjadi bulan diturunkan al-Quran.
5. Malam yang terbaik ialah malam Qadar, malam diturunkan al-Quran.
6. Manusia yang hatinya penuh berisi al Quran pasti menjadi mulia sebagai manusia terbaik.
7. Kertas Mushaf al-Quran dimuliakan semata-mata padanya tercatat ayat al-Quran. Tanpanya
jadilah ia kertas tisu pengelap kotoran dan dibuag merata.
8. Oleh itu angkatlah diri sendiri, keluarga dan umat ini dengan mengisi hati, menghayati
dan menjadikan al Quran panduan kehidupan.
9. RasululLah
s.a.w. bersabda: Sebak-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan
mengarajkannya.
Umar r.a. meriwayatkan sabda Nabi s.a.w.:
ان الله يرفع بهذا القرءان ويضع بها اخرين
Sesungguhnya Allah mengangkat (darjat) beberapa golongan dan merendahkan (darjat) beberapa golongan lain dengan sebab al Quran ini. (Riwayat Muslim)
10.
Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Maliksabda Nabi s.a.w.:
تركتُ فيكم أَمْرَيْنِ لن تَضِلُّوا ما تَمَسَّكْتُمْ بهما : كتابَ اللهِ
وسُنَّةَ نبيِّهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya. Kitab Allah (al Quran) dan Sunnah NabiNya s.a.w.
No comments:
Post a Comment