ANTARA SURAH YANG DIBACA OLEH NABI S.A.W. DALAM SOLAT JAHAR
1. Pada solat Subuh hari Jumaat, Baginda tetap membaca pada rakaat pertama Surah as-Sajadah dan di rakaat kedua, membaca surah al-Insan. Baginda membaca dengan lengkap, tidak pernah Baginda membaca setengahnya saja.
Abu Hurairah meriwayatkan: "Bahawa Nabi s.a.w. pada solat Subuh hari Jumaat membaca
Alif Lam Mim Tanzil As Sajdah dan Hal Ata Alal Insan"
Maksud hadis riwayat al Bukhari dan Muslim
Imam Tabrani meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi s.a.w. membiasakan membaca
dua surah berkenaan.
Sila rujuk Bulugh al Maram oleh Ibn Hajar al-Asqalani
2. Jubair bin Mutim Radhiallahu anhu berkata: "Aku dengar RasululLah s.a.w. membaca dalam solat
Maghrib surah Thur"
Maksud hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sila rujuk Bulugh al Maram oleh Ibn Hajar al-Asqalan
2. Jubair bin Mutim Radhiallahu anhu berkata: "Aku dengar RasululLah s.a.w. membaca dalam solat
Maghrib surah Thur"
Maksud hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sila rujuk Bulugh al Maram oleh Ibn Hajar al-Asqalan
Surah yang sunat dibaca dalam solat
Solat Subuh
عن عبد الله بن عامر بن ربيعة قال سمعت عمر رضى الله عنه يقرأ في الفجر بسورة يوسف.
Dari Abdullah bin Amir bin Rabi’ah katanya: Aku dengar Umar Radhiallahu anhu membaca surah Yusuf dalam solat Fajar (Subuh)
وروى مالك ، عن هشام ، عن أبيه ، أنه سمع عبد الله بن عامر قالَ : صلينا وراء عمر بن الخطاب الصبح ، فقرأ فيها سورة يوسف وسورة الحج قراءة بطيئة
Imam Malik meriwayat dari Hisyam dari bapanya bahawa ia mendengar Abdullah bin Amir berkata: Kami telah menunaikan solat Subuh di belakang Umar bin al-Khattab, beliau membaca dalam solat itu surah Yusuf dan surah Hajj dengan bacaan yang lambat.
Solat Maghrib
عَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ رضي الله عنه قَال : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي الْمَغْرِبِ بِالطُّورِ
رواه البخاري .
Dari Jubair bin Mutaim Radhiallahu Radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Nabi s.a.w. membaca surah at-TUR dalama solat Maghrin
No comments:
Post a Comment