HIMPUNAN PANTUN
PANTUN HARI GURU
KUCING BELANG MENGEJAR
ITIK
ITIK BERLARI
TERBURU-BURU
KEPADA SEMUA WARGA
PENDIDIK
DIUCAPKAN SELAMAT HARI
GURU
EMAS DISIMPAN DI
DALAM PETI
PETI DI TARUH DALAM
KERETA
JASA GURU MESTI DI
INGATI
TANPA MEREKA SIAPALAH
KITA
TAMPAN SUNGGUH
PAHLAWAN BENTAN
MEMBAWA PANAH PERGI
BERBURU
WALAU PROFESSOR,
MENTERI DAN SULTAN
MULANYA DENGAN DIDIKAN
GURU
BUNGA ANGGERIK DI
DALAM TAMAN
TAMAN INDAH DI GUNUNG
TAHAN
NASIHAT GURU AMBILLAH
PEDOMAN
MEREKA MULIA DISISI
TUHAN
NELAYAN TUA MENJALA
IKAN
IKAN DILEPAS DI DALAM
KOLAM
KEPERLUAN GURU PERLU
DITUNAIKAN
TANPA MEREKA ROSAKLAH
ALAM
NASIHAT UNTUK PEMIMPIN
PANTUN NASIHAT UNTUK
PEMIMPIN
DARI TANGKAK PERGI KE
TAMPIN
SINGGAH SEBENTAR DI
BATU PAHAT
ROSAK RAKYAT KERANA
PEMIMPIN
ROSAK PEMIMPIN KERANA
PENASIHAT
KALAU MAKAN PELAM
COKANAN
JANGAN DIMAKAN BERSAMA
HALWA
ULAMA, CENDIKIAWAN
MESTI BERPERANAN
MENASIHATKAN PEMIMPIN
AGAR BERTAKWA
ARTIS MENARI TARIAN
ZAPIN
BUAT PERSEMBAHAN DI
NEGERI SABAH
ULAMA, CENDIKIAWAN DAN
PEMIMPIN
TONGGAK UTAMA BALDATUN TAIYIBAH
PANTUN SIKAP MELAYU
Baju Melayu segak
menawan.
Baju kebaya atas
ampaian
Wahai pemimpin, ulama,
cendikiawan.
Usahlah berbalah
carilah penyelesaian.
Pak Uda kerja petani
Mengangkut padi dengan
lori
Bangsa sendiri tunjuk
berani
Bangsa lain I am sorry
Panas suria sinaran
terserlah
Langit gelap ditutup
mega
Pemimpin, cendikiawan
asyik berbalah
Zeonist datang baru
terpinga.
Ke Kuala Lumpur
membeli mesin
Mesin dibuat dari
tembaga
Wahai bangsaku
terimalah vaksin.
Habbatus sauda’
ambillah juga.
Lebai Kasim kuat
berpuasa
Makan sahur berlauk
gelama
Kuat Melayu, majulah
bangsa
Lemah Melayu, punahlah
agama.
Salam hormat dari saya
Dato’ Hj. As’ad bin
Awang
Tambun Ipoh
26 Mei. 2021
PANTUN AIDIL FITRI 2021
Pak Ali menempah parang
Parang ditempah di Tambunan
Kita kini sedang berperang,
Covid 19 musuh halimunan
Orang tua naik perahu.
Naik perahu membawa jamu
Sebak di hati Allah yang tahu,
Boleh beraya tak boleh bertamu
Pergi ke laut mengail tenggiri
Pergi ke sungai mengail patin
Mesej dihantar pengganti diri,
Mohon maaf zahir dan batin
Tuan Imam pergi kenduri
Sambil lalu di atas titi
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan sentiasa dihati
Orang asli menanam buluh
Lepas menanam memikat tekukur
Biar orang asyik mengeluh
Mari kita banyak bersyukur
Membeli kain buat hantaran
Kain dibeli dari Pekan
Puasa itu menguji kesabaran
Mengawal lidah, jari dan pergerakan.
Manis sungguh buah semangka
Jangan dirasa waktu berpuasa
Sesama muslim berbaik sangka
Meski berbeza parti dan bangsa
Hadapan rumah tanam Akasia
Belakang rumah tanam Tin.
Walau susah kita di Malaysia
Susah lagi orang di Palestin.
Mencari rotan di kaki gunung
Di kaki gunung bertemu kancil
Syukurlah nikmat yang menggunung
Berbanding kesusahan yang kecil
COVID-19 DAN TAKWA
Kalau membeli bunga
Kantan
Belilah sama asam Jawa
Covid melanda tanda
peringatan
Suruh kita kembali
bertakwa
Ayam katik sedang
mengeram
Mengeram di bawah
pokok kekwa
Buat yang fardu
tinggal yang haram
Itulah sifat orang
bertakwa
Ke Pulau Tioman mengail ikan
Ikan dijual di Seberang Takir
Amalan sunat jangan diabaikan
Baca al-Quran banyakkan zikir.
Hebat tentera siap siaga
Kuat berlari seperti kuda
Meski lapar, rugi berniaga,
Sabar berdoa, mencela tiada.
Budak kecil main buaian
Datang ibu tolong hayunkan
Covid-19 satu ujian
Dengan bertakwa Allah angkatkan
Salam Aidil Fitri dari saya
Dato’ Hj. As’ad bin Awang
Tambun Ipoh
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1443H
Naik kereta pergi Segamat
Membeli ragi serta halia
Syukur kita diberi rahmat
Menyambut lagi Ramadan mulia.
Manis delima bila dirasa
Pahit hempedu dimakan jangan
Amalan utama bulan puasa
Sempunakan fardu, jauhi larangan
Beli madu di kedai Pak Majid
Jumpa rakan salam ucapkan
Solat fardu kerjakan di masjid
Sunat Rawatib jangan abaikan
Memburu rusa tersepak lokan
Mengail sepat dalam telaga
Kualiti puasa kita utamakan
Agar tak dapat lapar dahaga
Salam hormat dari saya
Dato’ Hj. Asad bin Awang
Tambun Ipoh.
2 Ramadan 1443 H
No comments:
Post a Comment