TAQWA MENURUT AL-QURAN
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى
لِّلْمُتَّقِينَ
Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan
padanya petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
(al-Baqarah:2)
Kalimah al
muttaqin jamak muzakkar salim majrur bil ya’ wan nun.
( المتقون ) جمع متق ، اسم فاعل من اتقى
وأصله أوتقى - بوزن افتعل - من وقى الشيء وقاية ، أي : صانه وحفظه مما يضره ويؤذيه
Makasudnya:
Menjaga dan memeliharanya dari perkara yang memudaratkannya dan menyakitinya. .
Ibnu Katsir
menyebut: Kata dasar taqwa ialah (التوقي مما يكره) memelihara diri dari perkara
yang tidak disukai.
Kalimat-kalimat takwa dan kata dasar tersebut disebut
dalam al-Quran berulang-ulang sebanyak kira-kira 258 kali. Antaranya Fi’il madhi 27 kali, mudhari’ 54
kali, fi’il amar 86 kali,
Ibnu Katsir menyatakan: Umar Ibnu al-Khattab r.a
pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab mengenai makna takwa. Ubai berkata
kepadanya:
أما سلكت طريقا ذا شوك ؟ قال : بلى قال : فما عملت ؟ قال
: شمرت واجتهدت ، قال : فذلك التقوى
Pernahkah kamu melalui satu jalan
yang penuh duri?. Jawab Umar: bahkan. Kata Ubai: Apa yang kamu lakukan?. Jawab
Umar: aku berjalan terjengket-jengket dengan penuh hati-hati. Kata Ubai: Itulah
dia takwa.
Ibnu al-Mu’taz menyebut dalam
rangkap syairnya:
خل الذنوب
صغيرها وكبيرها ذاك التقى
واصنع كماش فوق
أر ض الشوك يحذر ما يرى
لا تحقرن صغيرة
إن الجبال من الحصى
Kosongkanlah dosa dosa, baik yang kecil mahupun yang besar. Itulah
dia takwa. Jadikanlah dirimu seperti seorang yang sedang berjalan di atas tanah
yang berduri, ia sentiasa berjaga-jaga dengan perkara yang dilihatnya. Janganlah sekali-kali kamu menganggap ringan
dosa kecil, kerana sesungguhnya bukit itu adalah himpunan pasir dan batu kecil.
Takwa menurut Imam al-Tabari dari al-Husain
ialah:
اتَّقَوْا ما حُرِّم عليهم، وأدَّوا ما افتُرِض عليهم.
Mereka takut melakukan yang diharamkan
keatas mereka dan mereka menunaikan perkara yang difardukan ke atas mereka.
Ibnu Abbas berkata: Orang-orang yang
berjaga-jaga dengan hukuman Allah dan tidak meninggalkan jalan-jalan petunjuk
yang mereka ketahui itu. Mereka sentiasa mengharapkan rahmatNya dan membenarkan
apa jua yang datang dariNya.
Ibnu Mas’ud dan sekumpulan sahabat
mentafsirkannya sebagai orang-orang yang beriman.
Al-Kalbi mentafsirkannya sebagai
orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar.
Qatadah berkata: Orang yang bertakwa ialah
orang yang dinyatakan sifatnya pada sambungan ayat tersebut:
a) Orang yang beriman dengan perkara ghaib
b)
Orang yang mendirikan sembahyang
c)
Menafkahkan rezeki kurniaan Allah
d)
Orang yang beriman dengan al-Quran yang diturunkan
kepada Rasul s.a..w
e)
Orang yang beriman dengan kitab-kitab terdahulu
f)
Orang yang beriman (meyakini) hari kiamat.
Ibnu Abbas menyatakan: Orang yang takut
mensyirikkan Allah dan beramal dengan mentaatiNya.
Imam Tirmizi & Ibnu Majah meriwayatkan
dari Atiyyah al-Sa’di: Sabda Nabi s.a.w.:
لا يبلغ العبد أن يكون من المتقين حتى يدع ما لا بأس به حذرا مما به بأس .
ثم قال الترمذي : حسن غريب
Seorang hamba tidak akan mencapai darjat
taqwa sehinggalah dia dapat meninggalkan perkara yang tidak mengapa dilakukan,
demi kerana berjaga-jaga dari melakukan perkara yang dilarang.
Ibnu Mas’ud berkata: Orang yang bertakwa
ialah:
قوم اتقوا الشرك وعبادة الأوثان ، وأخلصوا لله العبادة ، فيمرون إلى الجنة .
Satu kaum yang menjaga diri dari syirik dan
menyembah berhala. Mereka ikhlas beribadah kepada Allah, dan mereka lalu menuju
ke syurga.
Ibnu Umar pernah mengatakan: Takwa ialah
kamu tidak menganggap dirimu lebih baik dari orang lain.
Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Umamah
al-Bahili sabda Nabi .s.a.w:
ما
استفاد المرء بعد تقوى الله خيرا من زوجة صالحة ، إن نظر إليها سرته ، وإن أمرها
أطاعته ، وإن أقسم عليها أبرته ، وإن غاب عنها حفظته في نفسها وماله
Perkara yang paling berguna kepada seseorang selepas bertakwa
kepada Allah ialah; memiliki isteri yang salihah.Sekiranya ia memandangnya
pastilah ia akan menggembirakannya. Jika ia menyuruh isterinya melakukan
sesuatu ia akan mentaatinya. Jika ia bersumpah terhadap isterinya, pasti
dilepaskannya. Dan jika ia berjauhan dengan isterinya pastilah isterinya akan
menjaga dirinya dan hartabenda suaminya.
Kesimpulannya kalimat takwa di dalam al-Quran membawa beberapa
maksud;
1.
Takut
2. Ibadat
3. Meninggalkan maksiat
4. Tauhid
5.
Ikhlas.
Majlis munajat dan perkongsian ilmu.
26/6/ 2021
Jam 9.15 mlm.
Alumni PBSISTA
No comments:
Post a Comment