Friday, 30 September 2022

YB. OH YB.

 

YB. OH YB

.

YB. Oh YB.

Kaulah harapan

Kaulah pemimpin, sandaran

Kau arkitek masa depan

Kau  berjuang di tengah medan

Kau pembela agama, bangsa dan negara

Keluh kesah marhaen, tangisan anak yatim

Rintihan janda, warga tua, gelandangan duka

Kau angkat ke persada

Kau perdengarkan Mamak Bendahara

Menteri, pembesar, penguasa warga kayangan sama

YB. Oh YB.

Kerusimu batu geliga rebutan

Idaman pemimpin cabang bahagian

Ya! batu loncatan ke taraf…

Menteri, timbalan

Kau pemenang sanjungan

Keluarmu diapit pengiring keselamatan

Hadirmu disambut permaidani, kompang…

Bunga manggar laksana putera sultan

Dudukmu di hadapan berlabel  VVIP

Suaramu mengatasi azan subuh

Beritamu ditonton baik di…

TV, media sosial, radio segala

 

YB. Oh YB.

Ingatlah...

Tugas hakikimu…

Pertahan perlembagaan…

Baiki masa depan rakyat, agama bangsa, negara

Caknalah urusan kewangan negara

Bongkarlah korupsi khazanah negara

Kau gubal, lulus kanun negara…

Kau tentukan dasar dan halatuju

Semuanya demi maslahat semua

YB. Oh YB

Di mana kau dikala rakyat derita?

Banjir, tanah runtuh, kepala air meranap…

Segala tanpa sisa

Di mana kau ketika covid meragut nyawa…

Hilang kerja, menjadi papa, hilang upaya…

Hutang berganda, duka nestapa, gelap segala

Di mana kau ketika inflasi

Rakyat diseru berjimat dan puasa

Kau berkereta mewah dibelakang drebar

Rumah bersekuriti, kolam renang semua ada

Jam dan beg tanganmu semuanya berjenama

Apa kau risau elaun tinggi semua cover

 

YB Oh YB

Ingatlah…

Janji, sumpah dan manifestomu

Ingatlah asal usulmu sebelum bergelar YB

Di hadapanmu terbentang simpang pilihan

Di bawah Arasy…

Bersama imam adil bestari

Atau ke neraka sebagai…

Penguasa hidup korup menipu

 

Asad Awang

Tambun

1 Oktober 2022

No comments:

IBU OH IBU. SEMPENA HARI IBU

IBU OH IBU