Friday, 7 October 2022

RINTIHAN SEBUAH MASJID

RINTIHAN SEBUAH MASJID


 

Aku masjid indah

Dihias lampu neon…

Cendeliar gemerlapan

Dihampar permaidani tebal lembut

Lantai, dinding mehrabku…

Berturap marmar ukiran warna warni

Kubah, syiling menara diukir…

Disulam lukisan teratai serta khat indah

Lamanku indah, bunga-bunga mekar…

Pepohon warna warni, kolam ikan berkejaran

 

Keindahan yang tak bermakna

Aku kesunyian, kesepian…

Diitinggalkan, dipinggirkan

Dikala bilal tua melaung azan

Ayuh solat menuju kejayaan

Hanya beberapa kerat warga tua, pesara

Menyahut, menyambut…

Seruan dan lambaianku

Imam tua, bacaan, hafazan tak keruan

Sungguh aku kerinduan

Merindui kehadiran remaja, pemuda, belia

Merekalah yang ku idamkan

Mereka punya karisma, idealisme, aura kekuatan

 

Aduhai remaja, pemuda dan belia

Rinduku padamu

Hatiku kau bawa pergi

Hadirlah kepangkuan, kedakapanku

Gantunglah hatimu dalam diriku

Berdirilah disaf awalku

Aku merinduimu

Alangkah bahagianya aku

Andai Imam dan bilal muda…

Mengumandangkan suara dipuncak menaraku

Kaulah kekuatanku, kaulah kemegahanku

Andai golonganmu mengimarahiku…

Setiap solat fajar…

Pasti, pasti kita tewaskan

Israel, Yahudi penceroboh Aqsa durjana

Pasti dilewatkan tiupan nafiri

 

Ayuh habiskanlah mudamu dalam dakapanku

Tewaskan runtunan nafsu mudamu

Ketepikan permainan palsu dan foya-foya

Ayuh sujudlah kepada Ilahi dalam dakapanku

Pasti ku pimpin tanganmu menuju naungan Arasy

Mencapai falah

Mencapai reda ilahi.

ASAD BIN AWANG

TAMBUN

6 OKTOBER 2022 

No comments:

IBU OH IBU. SEMPENA HARI IBU

IBU OH IBU