Sunday 21 August 2011

FAEDAH SABAR

Faedah Sabar Menurut al-Quran
Puasa berkait rapat dengan sifat terpuji SABAR.  Lantaran itu Allah menjanjikan pahala dengan ganjaran yang tidak ternilai tingginya.  Allah berfirman dalamsebuah  hadis Qudsi bermaksud: “Puasa adalah untukku dan akulah yang akan membalasnya”
                Di dalam al-Quran perkataan sabar disebut lebih daripada  90 kali. Pelbagai hikmat dan faedah  diberikan kepada orang yang sabar. Antaranya ialah;
1.       Sabar membawa kejayaan
Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebaikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan) Ali Imran 200
2.       Sabar dapat mengangkat seseorang menjadi pemimpin yang Berjaya.
Dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hokum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami. As Sajdah 24
3.       Allah sentiasa bersama dan menolong orang yang sabar.
Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang, kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. Al Baqarah 153.
4.       Mendapat pelbagai kebaikan, rahmat dan petunjuk.
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan dari Tuhan mereka, serta rahmatNya,dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya
Al Baqarah 157.
Disediakan oleh HJ. ASAD B. AWANG

No comments:

RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP

  RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN