Saturday 2 March 2019

Cara Membayar Kaffarah

KAFFARAH, BAHAGIAN DAN CARA MELAKSANAKANNYA


1 ) Kaffarah Zihar: 
a) Membebaskan seorang hamba perempuan Muslimah yang tidak mempunyai kecacatan dan mampu bekerja sendiri            setelah dibebaskan. Jika tidak mampu atau tiada hendaklah
b) Berpuasa 2 bulan berturut-turut. Jika tidak mampu
c) Hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin dengan kuantiti minimum satu cupak seorang.
Hendaklah dilakukan perkara tersebut secara tertib dan tidak halal ia melakukan hubungan jenis dengan isterinya itu selagi belum menjelaskan bayaran kaffarah itu.

2)  Kaffarah Melakukan Hubungan Jenis Sewaktu Sedang Berpuasa Ramadhan: 
a) Membebaskan seorang hamba perempuan Muslimah yang tidak mempunyai kecacatan dan mampu bekerja sendiri            setelah dibebaskan. Jika tidak mampu atau tiada hendaklah
b) Berpuasa 2 bulan berturut-turut. Jika tidak mampu
c) Hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin dengan kuantiti minimum satu cupak seorang.
Hendaklah dilakukan perkara tersebut secara tertib.

3)  Kaffarah Kerana Membunuh Orang.
a) Membebaskan seorang hamba perempuan Muslimah yang tidak mempunyai kecacatan dan mampu bekerja sendiri            setelah dibebaskan. Jika tidak mampu atau tiada hendaklah
b) Berpuasa 2 bulan berturut-turut. 
Hendaklah dilakukan perkara tersebut secara tertib.

4)  Kaffarah Melakukan Sumpah Ila’ Lebih Dari Empat Bulan Qamariah: 
a) Memberi makan 10 orang fakir miskin senilai makanan yang empunya diri makan, atau pun
b) Memberi pakaian 10 orang fakir miskin, atau pun
c) Membebaskan seorang hamba perempuan Muslimah yang tidak mempunyai kecacatan dan mampu bekerja sendiri            setelah dibebaskan. 
Jika tidak mampu melakukan mana-mana perkara tersebut hendaklah ia berpuasa selama 3 hari.

5)  Kaffarah Kerana Tidak Dapat Melaksanakan Sumpah: 
a) Membebaskan seorang hamba perempuan Muslimah yang tidak mempunyai kecacatan atau
b) Memberi makan 10 orang fakir miskin senilai makanan yang empunya diri makan, atau pun
c) Memberi pakaian 10 orang fakir miskin, atau pun 
Jika tidak mampu melakukan mana-mana perkara tersebut hendaklah ia berpuasa selama 3 hari. Tidak wajib dilakukan secara berturut-turut.

6)  Kaffarah Kerana Tidak Dapat Melaksanakan  Nazar: 
d) Membebaskan seorang hamba perempuan Muslimah yang tidak mempunyai kecacatan atau
e) Memberi makan 10 orang fakir miskin senilai makanan yang empunya diri makan, atau pun
f) Memberi pakaian 10 orang fakir miskin, atau pun 
Jika tidak mampu melakukan mana-mana perkara tersebut hendaklah ia berpuasa selama 3 hari. Tidak wajib dilakukan secara berturut-turut.

No comments:

RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP

  RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN