Thursday 5 September 2019


PERANAN ULAMA DALAM MENYATUKAN UMAT, SATU CADANGAN


    Ulama’ boleh ditakrifkan sebagai  seorang yang mempunyai pengetahuan agama yang mendalam, melibatkan dirinya dengan masalah-masalah agama Islam dan beramal dengan ajaran-ajaran Islam.
Antara tujuan penubuhan PUM ialah menyatukan ‘ULAMA’ dalam harakah Islamiah dan mengembelingkan tenaga mereka untuk menegakkan syariat Islam dan mempertahankan kebenaran dan kemurnian ajarannya, dan bekerjasama dengan persatuan-persatuan Islam yang lain di dalam negeri.[i]
1)      Gambaran Umat Islam Dalam Media Masakini:
-          Lemah, berpecahbelah saling bertelagah sesama sendiri. 
-          Mundur, miskin dan korup
-          Fanatik, ekstreem dan ganas
-          Institusi-institusi Islam dianggap sebagai institusi yang kurang berkesan.[ii]

2)      Sebahagian Cabaran Semasa Para Ulama’[iii]
-          Cabaran terhadap ajaran dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari fahaman serpihan yang cuba masuk ke arus perdana dengan jenama Syiah, Anti Hadis, Liberalisme, Pluralisme, hak asasi manusia, feminisme dll.
-          Cabaran perpecahan umat yang berkait dari perbezaan fahaman politik, perbezaan mazhab, perbezaan latarbelakang disiplin ilmu dll.
-          Cabaran rosak atau lemahnya hubungan antara ulama’ dengan umara’ serta dalam kalangan rakyat.
-          Cabaran mengembalikan izzah dan maruah umat Islam dalam hubungan dengan golongan lain.
-          Cabaran luaran musuh Islam melalui politik, media yang memburukan image Islam dan pendokongnya.

3)      Tugas Utama Para Rasul alaihimussalam.
-          Dakwah kepada Tauhid, menyampai dan melaksanakan Syariat Allah s.w.t.
-          Membebaskan manusia daripada belenggu kegelapan, kejahilan dan kesesatan kepada cahaya.
-          Menterjemahkan Islam sebagai ad Din: aqidah, akhlak dan syariah yang merangkumi aspek ibadah, munakahat, jenayah, muamalat dll. Melalui uswatun hasanah.
Setelah Islam dilaksanakan dengan baik Allah memberikan perakuan dengan firmanNya:
Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepdamu nikmatku dan telah Aku redhai Islam itu jadi Din bagi kamu”  Al-Maidah 3.
4)      Peranan Ulama’.
Sabda Nabi s.a.w.: “Ulama itu pewaris para Nabi” Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban.
-Membenteras kejahilan dengan menyibarkan ilmu warisan Nabi s.a.w.
-Sebagai role model, penggerak dan agent perubahan dalam masyarakat
-Bersikap positif dan responsive.
-Memberi nasihat yang baik dan berganding bahu dengan para umarak dalam memelihara Islam dan menguruskan urusan dunia berdasarkan sendi Islam.
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan sabda Nabi s.a.w.: “Dua golongan dari kalangan umatku, jika mereka baik maka akan baik orang ramai. Jika keduanya rosak maka akan rosaklah orang ramai. Iaitu Ulamak dan Umarak. [iv]

5)      Kesatuan Satu Tuntutan Dan Kunci Kejayaan:
      Firman Allah:
      Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai…”  Ali Imran 103.

Dan janganlah kamu berbalah, kelak kamu akan gagal dan hilang kehebatan kamu…”[v]


6)      Beberapa Cadangan:
a)      Selain memahami Syariah yang mendalam Ulama hendaklah mempertingkatkan penguasaan ilmu waqi’ reality semasa yang berkaitan urusan kehidupan agar pandangan ulama relevan dan mudah diterima pakai untuk pelaksanaan. Bidang ilmu pengetahuan berkaitan kewangan, ekonomi, akauntansi, undang-undang sivil semasa, multi media, komunikasi dll. Kaedah:.
مالايتم الواجب الا به فهو واجب                  
Suatu perkara yang tidak sempurna melainkan dengan adanya suatu perkara yang lain, maka mengadakan perkara tersebut dahulu juga wajib
b)      Meleburkan keegoan diri dan bersifat tawaduk, terbuka, tabaiyun dan banyak mendengar serta mengambil iktibar sebelum mengemukakan sesuatu pandangan atau idea.
Orang-orang  yang mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya, lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang diberikan hidayah oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna” [vi]
Bersatupadu dan bertolongan dalam perkara kebaikan dan takwa. Wajib mendahulukan maslahat Islam dan umat dari kepentingan diri, keluarga, pertubuhan atau organisasi yang didokongnya.
“…Dalam barisan yang teratur, seperti satu bangunan yang tersusun kukuh[vii]
c)      Menjauhi sikap saling tuduh menuduh, menuding jari sesama sendiri, mendedahkan keaiban sesama Muslim, cantas mencantas, berebut kepimpinan dan kedudukan. Semua ini hendaklah dihentikan segera kerana ia membawa kepada kegagalan dan menguntungkan musuh.
d)     Bekerjasama dan saling membantu dalam melaksanakan perkara dasar yang disepakati dan bertolakansur serta saling menghormati pandangan orang lain dalam perkara khilafiah seperti Kaedah.
نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا فيما اختلفنا عليه                     
e)      Menjalankan peranan ulama’ yang maksimum sewaktu memegang amanah sebagai Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan tertentu, Pemimpin NGO,  Majlis Agama Islam,  Ketua Jabatan, pemimpin masyarakat dll. Bukan sekadar menyokong atau membangkang melulu sahaja.
f)       Memahami dan menterjemahkan Fiqh Aulawiyyat dalam memberi pandangan, mengurus organisasi dan kehidupan.
g)      Sentiasa peka dan tidak terperangkap atau terpedaya dengan perancangan musuh Islam yang sentiasa berusaha agar cahaya Islam padam dan umat Islam berpecah belah.
h)      Orang Islam yang memimpin parti politik, NGO, dan lain-lain meskipun berbeza pahaman hendaklah meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala kepentingan yang lain.
i)        Ulama hendaklah memanfaatkan media sosial bagi mengukuhkan hubungan dan jaringan sesama mereka, jauh sekali dari terbabit menyibarkan maklumat yang memudaratkan Islam dan umat.
j)        Mempertahankan peruntukan perlembagaan Persekutuan yang sedia ada mengenai kedudukan Agama Islam dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai ketua agama.
k)      Memanfaatkan institusi masjid, surau, sekolah agama, pusat pengajian dan pendidikan dll bagi menyemarakkan penyebaran dakwah Islamiah dan menjalin hubungan ukuwwah Islamiah dalam kalangan masyarakat setempat.
l)        Mengelakkan diri dari terjebak dengan sikap taksub kepada parti, pemimpin atau mazhab, sehingga menafikan kebenaran yang dibawa orang lain, dan tidak mempertahankan kebatilan yang ada dalam organisasinya.



[i] Perlembagaan PUM
[ii] Dato’ Dr. Abdul Monir Yaacob “Cabaran Islam Dalam Alaf Baru”
[iii] Dr. Muhammad Uthman El Muhammadiy “Persediaan dan Strategi Menghadapi Cabaran Mendatang”
[iv] Jalaluddin bin Abi Bakar al Sayuti 911H dlm al Jami’ al Saghir fi ahadith al Basyir.
[v] Al-Anfat ayat 46
[vi] Az-Zumar ayat 18
[vii] As-Saff ayat 4

Dato’ Hj. As’ad bin Awang
Ajk PUM Perak merangkap
AJK Fatwa Negeri Perak &
Ahli MAIPk.

No comments:

RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP

  RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN