Persoalan
Keadilan dan Covid-19
Saya tersentuh
dan dukacita melihat di media sosial remaja digari dan dilokap. Orang-orang tua
yang solat di masjid disaman dan direman. Pada pandangan saya mereka ini
bukannya orang jahat atau penjenayah. Mereka ini adalah golongan yang mengambil
ringan perkara berat. Mereka buat tak kisah dan tidak mempertimbangkan akibat
perbuatan mereka, sedangkan mereka telah diperingatkan banyak kali melalui
media, tv dan lain-lain. Golongan ini tidak sedar perbuatan mereka memudaratkan
orang lain dan Negara. Mereka pun bukannya banyak kaya dan mampu membayar
denda, kompaun atau membayar yuran lawyer. Setelah mereka terantuk baru
mengadah, sedar dan menyesal. Yang solat di masjid itu bukannya ulamak atau
orang berilmu tinggi. Sedangkan fatwa telah dikeluarkan ulama sedunia mengenai
gugur kewajipan jumaat dan berjamaah di masjid. Jika tidak tertangkap pun
pesalah di atas, kerja dan perbuatan mereka melanggar undang-undang pkp ini
tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada diri sendiri, keluarga atau
Negara. Contohnya jika remaja itu berkumpul di rumah kosong tidak ada siapa
yang untung bahkan mungkin dijangkiti covid-19. Jika orang tua solat juga di masjid dengan melanggar pkp
tidak ada bonus pahala pun, bahkan mungkin merebakkan covid-19. Oleh itu kealpaan dan kelalaian mereka
menyebabkan mereka patut di tahan, dipukul sahaja, didenda, atau dihukum
sebagai pengajaran. Kaedah hukum Syarak yang sesuai digunakan bagi menjelaskan
kes ini ialah:
المصلحة
العامة مقدمة من المصلحة الفردية
“Maslahat
umum hendaklah diutamakan daripada menjaga maslahat peribadi”
Maslahat umum
di sini ialah kebajikan orang atau keselamatan Negara. Sedangkan maslahat
peribadi ialah membebaskan remaja atau pahala yang nak dicari oleh yang solat
di masjid semasa pkp.
دفع
الضرر أولى من جلب المنفعة
“Menghindarkan kemudaratan diutamakan dari mengambil untung”
Menghindarkan Covit-19 lebih
penting dari solat berjamaah di masjid atau berniaga terbuka yang mungkin menyebarkan
penyakit atau membebaskan remaja. Oleh itu hukuman terpaksa juga di jalankan.
Adapun
golongan yang melawan polis semasa diperiksa, memaki hamun polis, menunjukkan
aksi mencabar pihak berkuasa. Golongan ini memang patutpun ke lokap atau
penjara kerana tindakan mereka memudaratkan umum secara langsung.
Mengenai
persoalan Timbalan Menteri, Exco, MB, MP atau Adun yang didakwa melanggar PKP
pula. Saya bukan ahli politik atau tahu secara terperinci mengenai masalah
mereka. Apa yang nyata ialah kes kesalahan mereka tidak sama dengan kesalahan
kes remaja dan yang solat di masjid. Perbezaannya ialah:
1)
Kerja golongan di atas ialah
menjaga kebajikan rakyat, atau penduduk daerah masing-masing. Jika mereka juga
perlu stay at home maka siapa yang nak membantu golongan susah. Tidak wajar
mereka makan gaji buta semasa PKP. Mereka mesti melihat rakyat, pengundi dan
masalah golongan marheen.
Mereka mesti mengagihkan bantuan. Tidak timbul masalah dua
darjat. Golongan yang mendesak mereka supaya juga stay at home itu ibarat
menyuruh kelasi kapal dan nakhoda duduk dikerusi seperti penumpang.
2)
Ahli politik yang sedang kita
bincangkan ini bukan ditahan polis di jalanraya atau di masjid. Mereka tersilap
langkah dan alpa semasa menjalankan tugas rasmi. Mereka ke balai polis kerana
netizen tidak puas hati dengan vedio dan gambar yang tular mengenai pergerakan
mereka spt makan. Niat mereka ialah menjalankan tugas membantu orang yang
kesusahan. Sewaktu bertugas mereka di ajak makan. Wakil rakyat jika tidak
penuhi undangan pengundi mungkin hubungan menjadi renggang. Di sinilah kealpaan
mereka semasa PKP. Niat mereka ikhlas untuk menjeguk pelajar tahfiz. Kita tidak
boleh mempertikaikan niat mereka kerana ia urusan mereka dengan Allah. Semua
orang makan dan minum. Doktor, jururawat, polis dan sukarelawan lain juga makan dan minum.
Mungkin juga berlaku persentuhan cuma tidak tular, tidak dipertikaikan kerana
mereka bukan ahli politik yang punya banyak musuh.
3)
YB. Menteri Agama Dr. Zulkifli
al-Bakri juga di fitnah membuat mesyuarat dan perhimpunan sedangkan ia menerima
kunjungan Dr. Rozaimi dan rakan-rakan. Wajarkah menteri agama menolak kunjungan
kumpulan tersebut. Kesilapannya ialah sedikit kealpaan terhadap golongan yang sentiasa
menunggu peluang mengaibkannya.
4)
Menteri dan YB tentulah ramai
pengiring. Tidak sesuai mereka berjalan berseorangan meninjau keadaan rakyat
pada masa kini meskipun Umar al-Khattab boleh melakukannya waktu malam .
5)
Kebanyakan ahli politik di atas,
yang tersilap telah memohon maaf walaupun mereka telah diaibkan dengan kata
nesta lucah yang tidak sepatutnya.
6)
Tindakan ahli politik sepatutnya
dilihat dan ditafsir dari aspek:
تصرف الاءمام على الرعية منوط بالمصلحة
Tindakan seorang pemimpin terhadap rakyat adalah berkaitan dengan
menjaga maslahat.
7)
Oleh itu janganlah
menyamakan kesalahan kes mereka dengan kes tangkapan terhadap kanak-kanak dan
orang yang solat di masjid. Kerana keduanya kiasan yang berbeza. Tidak timbul
masalah dua darjat atau prinsip keadilan. Janganlah mendesak atau mempersoalkan
tindakan polis sebagai tidak adil. Mereka tahu dan bertanggungjawab terhadap
tugas mereka.
8)
Marilah kita berbaik sangka
sesama Islam. Bersatu memerangi covid-19. Marilah kita merujuk dan menghayati
firman Allah dalam surah al Hujurat ayat 11 & 12 semoga kita mendapat
rahmatNya.
Pandangan di atas adalah pandangan
peribadi saya dan tidak berkaitan dengan fatwa. Wassalam
No comments:
Post a Comment