Tuesday, 21 April 2020

Renungan

RENUNGAN



Malaysia dan dunia sedang kelamkabut memerangi COVID-19 yang melanda. Negara yang sedang berperang, atau sering berperang menghentikan peperangan atau mengisytiharkan gencatan senjata.Untuk memerangi wabak COVID-19 memerlukan kepada kerajaan yang stabil, kerjasama rakyat dengan kerajaan, ekonomi dan kewangan yang kukuh, Kementerian Kesihatan dan pentadbiran kesihatan yang cekap, pemuafakatan pemimpin, kepatuhan kepada arahan, kesabaran semua pihak dan lain-lain. Dalam keadaan ini wajarkah:

1)              Wajarkah pemimpin-pemimpin parti cuba menangguk di air keruh, saling mewarwarkan kelemahan satu sama lain seperti membesar-besarkan kesilapan Timbalan Menteri Kesihatan, Menteri Besar, dan Ecxo yang tersilap secara tidak sengaja?

2)              Wajarkah pihak-pihak tertentu mengambil peluang mewarwarkan kerja amal mereka memberi bantuan melalui media social. Bukankah kerja yang baik itu tangan kanan memberi tanpa diketahui tangan kiri? Mungkinkah niat yang tidak ikhlas membawa kepada kifarat?

3)              Bukankah kita ini seperti berada di dalam Kapal Terbang? Wajarkah penumpang menuntut pilot, co pilot, pramugara dan pramugari sama-sama duduk dikerusi seperti mereka dengan alasan persamaan darjat? Bukankah jika pemimpin disuruh duduk di rumah menyebabkan urusan Negara dan bantuan tidak berjalan?

4)              Bukankah perbuatan mencaci maki pemimpin yang tersilap itu menyebabkan orang yang memaki lebih hina dari pelaku kesalahan itu sendiri sedangkan ia sudah meminta maaf.

5)              Bukankah perbuatan golongan tertentu yang hendak menjatuhkan kerajaan sewaktu COVID-19 sedang memuncak menyebabkan keseluruhan Negara akan menghadapi bahaya kemusnahan besar. Bukankah ia ibarat membiarkan seorang penumpang kapal menebuk lubang di bawah tempat duduknya yang akan menyebabkan karam seluruh kapal?

6)              Bukankah Islam menyuruh nasihat menasihati secara baik? Bukankah Islam melarang mencari-cari dan membesar-besarkan kesalahan orang lain.?

SEMOGA RAMADAN INI MEMBAWA KEBERKATAN DAN MELENYAPKAN COVID-19. SEMOGA UMAT ISLAM DAPAT FOKUS KEPADA PENGISIAN RAMADAN DENGAN AMALAN SOLEH

No comments:

IBU OH IBU. SEMPENA HARI IBU

IBU OH IBU