Wednesday, 14 April 2021

AMALAN UTAMA BULAN RAMADHAN

 

AMALAN YANG PERLU DIUTAMAKAN DIBULAN RAMADHAN



1.       Selain puasa itu sendiri ialah perkara fardu lain seperti: Solat Fardu 5 waktu, zakat jika ada.

Semua perkara fardhu wajib dikerjakan dan diberi keutamaan mengatasi perkara lain kecuali perkara tertentu sewaktu darurat.  Perkara Fardu lebih utama dari perkara sunat.

Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi s.a..w “Perkara utama yang akan dihisab dari seseorang hamba hari Qiamat kelak ialah solat”  Riwayat Timizi & Nasaie

 

2.       Meninggalkan semua perkara haram seperti: makan riba’, makan rasuah, menipu dalam urusniaga, peras ugut, berjudi, bercakap bohong, mengumpat, menzalimi pekerja, menzalimi binatang dan sebagainya. Perkara-perkara yang haram akan memusnahkan perkara kebaikan laksana api yang membakar kayu-kayu kering. Oleh itu hendaklah dipastikan dahulu virus perkara haram dibasmi agar amalan sunat yang akan dilakukan membawa erti.

 

Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi s.a.w.:

“Dengki itu akan memakan perkara kebaikan laksana api membakar kayu kering”

                                                                                                                            Riwayat Abu Daud.

 

 

3.       Melakukan kewajipan dan tugas wajib kepada keluarga, tempat kerja dan sebagainya dengan sebaiknya. Perkara fardu lebih utama dari perkara sunat. Contohnya berbakti kepada ibu bapa terutama yang sudah tua lebih baik dari solat sunat Teraweh, bersedekah dan sebagainya.

“Dan Tuhanmu memerintahkan agar jangan kamu menyembah kecuali Dia, dan berbuat baiklah kepada dua ibubapa” Surah Isra’ ayat 23.

 

4.       Menjauhkan diri dari kerja dan aktiviti sia-sia seperti banyak tidur, permainan letronik, menonton program tidak bermanfaat, perbualan sia-sia baik secara terus, media social dan sebagainya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan sabda Nabi s.a.w.

“Antara tanda eloknya keIslaman seseorang itu ialah ia menjauhi perkara yang sia-sia”                     

                                                                                                                                  Riwayat Tirmizi.

 

5.       Membanyakkan bersedekah, terutama memberi makanan berbuka puasa kepada orang miskin, kelaparan, gelandangan, anak yatim, golongan yang hilang pekerjaan akibat covid19 dan sebagainya.

Adi b. Hatim meriwayatkan sabda Nabi s.a.w.: “Bertakwalah kepada Allah, walaupun dengan sebelah buah kurma” Riwayat Bukhari dan Muslim.

 

6.       Melakukan perkara sunat mengikut keutamaan. Seperti solat fardu 5 waktu berjamaah, Sunat Rawatib, solat sunat Teraweh dan Witir, Solat Tahajjud, Solat Dhuha, dan sebagainya.

 

7.       Membanyakkan membaca al-Quran, selawat, tasbeh, iktikaf, menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur.

No comments:

IBU OH IBU. SEMPENA HARI IBU

IBU OH IBU