Tuesday 21 April 2020

Hukum berniaga semasa PKP

HUKUM PENIAGA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN SECARA TERBUKA DAN PENIAGA YANG MEMBELI SEMASA PKP



1) Pada asasnya pekerjaan berniaga adalah kerja yang baik dan terpuji. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menjalankan perniagaan iaitu memperdagangkan barangan milik Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Baginda berdagang sehingga ke Syam. Pekerjaan ini baginda lakukan sebelum berkahwin dengan Saidatina Khadijah. Kelebihan menceburi bidang perniagaan disebut dalam beberapa hadis Nabi s.a.w. Contohnya:
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال التاجر الصدوق
الأمين مع النبيين والصديقين والشهداء . رواه الترمذي وقال حديث حسن

Dari Abu Said al Khudri radhiallahu anhu, dari Nabi s.a.w. sabda baginda: Seorang peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama para Nabi, siddiqin dan para syuhada’. Riwayat Tirmizi.

2) Perniagaan adalah sumber utama rezeki. Perniagaan menjadi teras utama ekonomi sesebuah masyarakat dan Negara. Oleh itu sumbangan bidang perniagaan kepada kemantapan agama, Negara dan kehidupan amatlah besar.

عَنْ نُ عَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرَّحَْْنِ قَالَ: بَ لَغَنِِ أَنَّ رَسُولَ اللََِّّ - صَلَّى اللََُّّ عليه وسلم - قَالَ: "تِسْعَةُ
أَعْشَارِ ال رِزْقِ فِِ الت جَارَة . رواه ابن ابى الدنيا

Sabda Nabi s.a.w. 9/10 daripada rezeki itu bersumber dari perniagaa .

3) Di samping galakan menceburi bidang perniagaan, al Quran dan hadis Nabi s.a.w. juga mengingatkan umat Islam agar tidak dilalaikan oleh perniagaan dari mengingati Allah. Mereka juga diingatkan agar tidak melakukan penipuan, pengkhianatan, penindasan, terlibat dengan unsur riba, berjual beli perkara yang haram dan sebagainya . Peniaga yang terlibat dengan larangan tersebut akan dikenakan balasan yang amat pedih di akhirat kelak. Contohnya:

 عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال وَمَنْ غَشَّنَا ،
فَ لَيْسَ مِنَّا ( ، رواه مسلم

Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi s.a.w.: Dan sesiapa yang menipu kita, maka ia bukan dari kalangan kita. 4) Menjadi kewajipan kepada setiap Muslim mentaati arahan pemerintah yang sah, selagi pemerintah tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah. Al-Quran menjelaskan kewajipan mentaati Allah, Rasul dan Ulil Amri . Allah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 59:

يا أيها الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَََّّه وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِِ الْأَمْرِ مِنكُمْ 

Wahai orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan ulil amri dari kalangan kamu.

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: السمع والطاعة
على المرء المسلم فيما أحب وكره، ما لم يؤمر بمعصية، فإذا أُمِر بمعصية فلا سمع ولا طاعة
متفق عليه
Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma meriwayatkan sabda Nabi s.a.w.: Mendengar dan taat
adalah wajib kepada setiap Muslim, baik perkara ia suka atau ia benci selagi tidak disuruh
melakukan maksiat. Jika ia disuruh melakukan maksiat, maka tidaklah wajib ia mendengar dan
mentaatinya.

5) Peniaga yang menjalankan perniagaan secara terbuka semasa PKP in bererti ia telah
melanggar perintah larangan berniaga yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang
bertindak mewakili ulil amri. Perbuatan tersebut adalah HARAM dan berdosa
meskipun pada asalnya berniaga hukumnya harus. Larangan yang dikeluarkan oleh
pihak berkuasa adalah bertujuan menolak kemudaratan dengan mengekang penularan
COVID-19 dengan kawalan pergerakan terhad. Tindakan pihak berkuasa adalah selaras
dengan kaedah fiqh:

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة

Tindakan pemerintah terhadap rakyat adalah terikat dengan maslahah.
Peniaga ingin mendapat keuntungan melalui perniagaan tersebut, sedangkan
perbuatannya itu jika tidak dihalang akan membawa kemudaratan besar.
Kemudaratannya ialah menularkan COVID-19. Prinsip umum fiqh menyebut:

دفع الضرر أولى من جلب المنفعة

Menolak kemudaratan adalah diutamakan daripada mengambil manfaat.
Tindakan pemerintah melarang menjalankan perniagaan tertentu sewaktu penularan
COVID-19 adalah betul dan selaras dengan prinsip Syarak. Oleh itu peniaga yang
melanggar larangan tersebut adalah haram dan berdosa.

6) Meskipun perbuatan jual beli itu haram, namun status hukum transaksi tersebut adalah
sah selagi memenuhi semua rukun dan syarat jual beli. Sekiranya rukun atau
syaratnya tidak dipenuhi, maka jual beli itu dikira tidak sah.contohnya jual beli arak
atau bangkai, atau berunsur riba’. Hukum haram tetapi sah berjual beli sewaktu
perintah larangan PKP ini adalah berdasarkan hukum QIYAS. Hukum ini diqiyaskan
kepada hukum haram menjalankan perniagaan selepas azan kedua pada hari Jumaat
sehinggalah selesai solat Jumaat. Hukum asal tersebut berlandaskan firman Allah:

 ياأيهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلََاةِ مِن يَوْمِ الْجمُعُعَةِ فَاسْعَوْا إِلي ذَ كىر الله  وَذَرُوا الْبَيع  ذ ذَلِكُمْ
خَيٌْْر لَّكُمْ إِن كنتم نتُمْ تعْلَمُعُونَ
Wahai orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat
maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggallah berjualbeli. Itu adalah lebih baik
bagi kamu jika kamu mengetahui.

Imam Ibnu Arabi sewaktu mentafsirkan ayat tersebut, menyatakan bahawa ulama ijmak dan
tidak ada khilaf mengenai status haram berjual beli ketika itu. Beliau juga menyebut bahawa
antara ulama yang menyatakan urusniaga itu perlu dibubarkan ialah: Imam Abu Hanifah,
Namun demikian beliau menyatakan: Imam Syafi’ie berpendapat jual beli itu tetap sah dan
tidak perlu di bubarkan.

7) Kesimpulannya:
Melanggar perintah larangan berjual beli barangan tertentu sewaktu PKP hukumnya
adalah haram dan berdosa meskipun jualbeli itu sah berdasarkan rukun dan syarat yang
sempurna. Oleh itu marilah kita mematuhi semua arahan pihak berkuasa agar urusniaga
kita diberkati dan kita dihindarkan dari wabak ini.

No comments:

RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP

  RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN