Saturday 29 May 2021

HUKUM BERPAKAIAN SEPERTI PEREMPUAN

 MEMBENARKAN LELAKI BERPAKAIAN PEREMPUAN

KEPUTUSAN YANG MENGEJUTKAN


Baru sahaja masyarakat Islam Malaysia reda dengan isu “I WANT TO TOUCH A DOG” kini kita dikejutkan pula dengan isu baru Mahkamah Rayuan membenarkan lelaki berpakaian perempuan dan memutuskan  Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah diputuskan sebagai melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata, Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti dari kezaliman majoriti selain mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti dan dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik.

Keputusan tersebut sekaligus menyaksikan 'kemenangan' golongan mak nyah dalam menghapuskan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Syariah Negeri Sembilan.   

Pemohon yang terdiri dari, Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof Wan Ismail yang merupakan wanita transgender ditangkap beberapa kali kerana melanggar enakmen negeri.

Mereka kemudiannya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tidak berperlembagaan sebuah fatwa syariah yang melarang lelaki daripada 'memakai pakaian perempuan' atau 'menyamar sebagai seorang wanita' di Negeri Sembilan.

Mahkamah Tinggi pada Oktober 2012 memutuskan mereka perlu mematuhi undang-undang kerana mereka Muslim dan dilahirkan lelaki.

Mengikut Seksyen 66 Akta Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, mereka yang disabitkan berpakaian silang jantina boleh dihukum sehingga enam bulan penjara, denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Ulama dan pemimpin Islam Malaysia melihat keputusan tersebut sebagai 'kunci' untuk membenarkan banyak lagi perkara dicabar pada masa akan datang, hanya dengan menggunakan tiket Perlembagaan Persekutuan. 

Keputusan tersebut  jelas berlawanan dengan  Sunnah dan Ijma’ para ulama.:
عن ابن عباس رضى الله عنهما قال: لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال. رواه البخاري
Ibnu Abbas radhiallahu anhuma berkata: Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.
Ahli-ahli Fiqh menyatakan perkataan laknat dalam hadis di atas membawa makna larangan haram. Haram seorang lelaki berpakaian seperti perempuan dan perempuan berpakaian seperti lelaki.Pakaian tersebut meliputi pakaian khusus perempuan, kalung, gelang, perhiasan emas dan pakaian dari sutera.
Dalam hadis riwayat at-Tabrani menyatakan: Ada empat orang yang dilaknat di dunia dan diakhirat. Para malaikat pula mengaminkan laknat tersebut: Antaranya ialah lelaki yang Allah jadikan dia lelaki lalu ia menjadikan dirinya perempuan dan menyerupai perempuan. Seorang perempuan yang Allah jadikan dia seorang perempuan lalu ia menjadikan dirinya lelaki dan menyerupai lelaki.

No comments:

RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP

  RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN