Friday 4 June 2021

Doa' Covid-19

 Doa' Perlindungan Covid-19

PENASIHAFبسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام اشرف الآنبياء والمرسلين وعلى اله واصحابه أجمعين.

 

1)      Ya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Kami kini berada dalam saat yang amat sukar dan genting. Negeri kami, negara kami, negara-negara umat Islam bahkan seluruh dunia dilanda wabak Virus Covid-19 yang merebak dengan cukup pantas. Ada dalam kalangan kami, keluarga kami, kaum kerabat kami dan saudara-saudara Islam kami yang mati terkorban,  menderita sakit yang amat sangat. Ada yang  kehilangan pekerjaan, kehilangan punca pendapatan,  menjadi muflis, rugi perniagaan, rugi perusahaan dan menghadapi tekanan perasaan serta pelbagai kesempitan hidup yang lain.

 

2)      Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kami mengakui sesungguhnya Engkaulah yang telah menurunkan wabak ini dan Engkaulah juga yang berkuasa mengangkat, melenyap dan menghapuskannya dari kami dan seluruh mukabumi. Andainya ya Allah, Engkau menurunkan wabak ini lantaran besarnya dosa dan maksiat kami, maka kami bertaubat dan memohon keampunanMu ya Allah.

 

3)      Ya Allah Yang Maha Pengampun. Engkau Ampunkanlah dosa kami, Engkau jauhkanlah serta selamatkanlah kami, keluarga kami dan golongan yang bertaubat dari bencana wabak  ini . Ya Allah  andainya Engkau menurunkan wabak ini untuk menguji keimanan kami, maka kami memohon padamu ya Allah agar Engkau mengurniakan kepada kami kesabaran, ketabahan, kecekalan, ketenangan, kecerdikan dan kebijaksanaan agar kami menang menghadapinya masalah yang timbul darinya.

 

 

4)      Ya Allah Tuhan Yang sentiasa bersama dengan orang  yang sabar. Engkau kurniakanlah kepada kami iman yang kukuh, keyakinan yang tinggi, kesabaran dan tawakkal sebagaimana Engkau telah kurniakan kepada para Siddiqin, Syuhada dan salihin. Engkau tetapkanlah pendirian kami sehingga kami tidak mengadu-ngadu, merayu-rayu, meminta-minta dan tidak menyembah kecuali kepada Engkau sahaja ya Allah.  Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat keji suka menyalahkan orang lain lantaran kesusahan dan keperitan hidup yang dihadapi. Kami sedar ya Allah menyalahkan orang lain, sebagai punca kesusahan yang dihadapi tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan akan menambahkan lagi dosa dan masalah yang ada. Ya Allah Engkau jadikanlah wabak covid-19 ini sebagai titik tolak untuk kami muhasabah diri atas kesalahan, kesilapan dan kealpaan kami yang lalu.

 

5)      Ya Allah kami hambamu yang lemah ini, mengadu padamu kesan Wabak Covid-19 ini benar-benar menggugat dan mengancam perpaduan, kerjasama serta ukuwwah dalam kalangan kami umat Islam Malaysia. Dalam kalangan kami ada yang bertelagah mengenai punca dan cara menanganinya. Pertelagahan ini dibimbangi memburukkan lagi keadaan, bahkan menghakis kesetiaan kepada pemimpin dan Ulil Amri . Ya Allah kami memohon agar Engkau menyatukan hati-hati para pemimpin Islam negara ini. Engkau bulatkanlah muafakat dan fikiran mereka dengan suluhan hidayahMu.  Ya Allah janganlah Engkau jadikan perpecahan dalam kalangan mereka peluang untuk musuh-musuh Islam mengganggu gugat, menceroboh, membuli atau mencemarkan kedaulatan negara kami yang tercinta ini.

6)      Ya Allah sesungguhnya kami mengakui Engkau telah memberikan keamanan, kemakmuran, dan keselesaan hidup kepada kami selama ini.  Sewaktu kami senang kami tidak bersedia untuk menghadapi zaman sukar sebagaimana Nabi  Yusuff a.s telah bersedia menyediakan bekalan untuk musim kebuluran. Sesungguhnya ya Allah kami alpa dan telah tenggelam dalam kenikmatan, keseronokan dan kebahagiaan. Kini  Engkau memberikan cobaan, ujian dan ingatan kepada kami melalui wabak ini. Dengan merendah diri, kami berlindung denganMu dari wabak ini dan kesan buruknya  kepada masadepan Agama kami, ekonomi,  social, politik pendidikan dan lain-lainnya.  Ya Allah tempoh tujuh tahun kejatuhan ekonomi terlalu lama bagi kami dan kami tidak mampu menghadapinya sebagaimana Nabi Yusuff a.s. menghadapinya.  Oleh itu kami memohon agar Engkau segera mengangkat dan melenyapkan wabak Covid-19 ini dari kami, keluarga kami dan seluruh orang yang beriman.  Ya Allah Engkau gantikanlah wabak dan kesukaran ini dengan kemakmuran, keamanan dan limpahan rahmat dariMu

 

أللهم  ادفع البلاء والوباء  واللأمراض والأسقام والمحن عنا وعن بلدنا هذا خاصة وعن بلدان المسلمين عامة يا رب العالمين. اللهم أنزل الرحمة والمغفرة على أموات  هذا الوباء واجعلهم مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصدقين والشهداء والصالحين. أللهم اشف مرضى الكورونا هذا شفاء عاجلا لايغادر سقما . اللهم انك انت الشافي لا شفاء الا شفائك . اللهم وحد صفوف المسلمين وألف بين قلوبهم واجعل ماليزيا بلدة طيبة تنال رضاك ومغفرتك.  اللهم أعز الاءسلام والمسلمين . اللهم انصر اخوننا المجاهدين في فلسطين. اللهم حرر المسجد الأقصى عن سيطرة اليهود . اللهم أهلك اليهود وأعوانهم من الكفار والمشركين والمنافقين . اللهم انت القوي المتين ورب العرش العظيم  تفعل ما تريد . استجب اللهم دعاءنا وحقق رجائنا برحمتك ياأرحم الراحمين. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله واصحابه أجمعين والحمد لله رب العالمين.

 

Salam horamat dari saya

Dato’ Hj. As’ad bin Awang

Tambun Ipoh.

Sila like sebagai tanda AMIN

2 Jun 2021


No comments:

RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP

  RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN