Wednesday 23 June 2021

TAQWA MENURUT AL-QURAN

 

TAQWA MENURUT AL-QURAN

 

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertakwa.

(al-Baqarah:2)

Kalimah al muttaqin jamak muzakkar salim majrur bil ya’ wan nun.

( المتقون ) جمع متق ، اسم فاعل من اتقى وأصله أوتقى - بوزن افتعل - من وقى الشيء وقاية ، أي : صانه وحفظه مما يضره ويؤذيه

Makasudnya: Menjaga dan memeliharanya dari perkara yang memudaratkannya dan menyakitinya. .

Ibnu Katsir menyebut: Kata dasar taqwa ialah (التوقي مما يكره) memelihara diri dari perkara yang tidak disukai.

Kalimat-kalimat takwa dan kata dasar tersebut disebut dalam al-Quran berulang-ulang sebanyak kira-kira 258 kali.  Antaranya Fi’il madhi 27 kali, mudhari’ 54 kali, fi’il amar 86 kali,

Ibnu Katsir menyatakan: Umar Ibnu al-Khattab r.a pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab mengenai makna takwa. Ubai berkata kepadanya:

أما سلكت طريقا ذا شوك ؟ قال : بلى قال : فما عملت ؟ قال : شمرت واجتهدت ، قال : فذلك التقوى

Pernahkah kamu melalui satu jalan yang penuh duri?. Jawab Umar: bahkan. Kata Ubai: Apa yang kamu lakukan?. Jawab Umar: aku berjalan terjengket-jengket dengan penuh hati-hati. Kata Ubai: Itulah dia takwa.

Ibnu al-Mu’taz menyebut dalam rangkap syairnya:

خل الذنوب صغيرها وكبيرها ذاك التقى

واصنع كماش فوق أر ض الشوك يحذر ما يرى

لا تحقرن صغيرة إن الجبال من الحصى

Kosongkanlah dosa dosa, baik yang kecil mahupun yang besar. Itulah dia takwa. Jadikanlah dirimu seperti seorang yang sedang berjalan di atas tanah yang berduri, ia sentiasa berjaga-jaga dengan perkara yang dilihatnya.  Janganlah sekali-kali kamu menganggap ringan dosa kecil, kerana sesungguhnya bukit itu adalah himpunan pasir dan batu kecil.

 

Takwa menurut Imam al-Tabari dari al-Husain ialah:

اتَّقَوْا ما حُرِّم عليهم، وأدَّوا ما افتُرِض عليهم.

Mereka takut melakukan yang diharamkan keatas mereka dan mereka menunaikan perkara yang difardukan ke atas mereka.

Ibnu Abbas berkata: Orang-orang yang berjaga-jaga dengan hukuman Allah dan tidak meninggalkan jalan-jalan petunjuk yang mereka ketahui itu. Mereka sentiasa mengharapkan rahmatNya dan membenarkan apa jua  yang datang dariNya.

Ibnu Mas’ud dan sekumpulan sahabat mentafsirkannya sebagai orang-orang yang beriman.

Al-Kalbi mentafsirkannya sebagai orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar.

Qatadah berkata: Orang yang bertakwa ialah orang yang dinyatakan sifatnya pada sambungan ayat tersebut:

a)      Orang yang beriman dengan perkara ghaib

b)      Orang yang mendirikan sembahyang

c)      Menafkahkan rezeki kurniaan Allah

d)      Orang yang beriman dengan al-Quran yang diturunkan kepada Rasul s.a..w

e)      Orang yang beriman dengan kitab-kitab terdahulu

f)       Orang yang beriman (meyakini) hari kiamat.

 

Ibnu Abbas menyatakan: Orang yang takut mensyirikkan Allah dan beramal dengan mentaatiNya.

Imam Tirmizi & Ibnu Majah meriwayatkan dari Atiyyah al-Sa’di: Sabda Nabi s.a.w.:

لا يبلغ العبد أن يكون من المتقين حتى يدع ما لا بأس به حذرا مما به بأس . ثم قال الترمذي : حسن غريب

Seorang hamba tidak akan mencapai darjat taqwa sehinggalah dia dapat meninggalkan perkara yang tidak mengapa dilakukan, demi kerana berjaga-jaga dari melakukan perkara yang dilarang.

Ibnu Mas’ud berkata: Orang yang bertakwa ialah:

قوم اتقوا الشرك وعبادة الأوثان ، وأخلصوا لله العبادة ، فيمرون إلى الجنة .

Satu kaum yang menjaga diri dari syirik dan menyembah berhala. Mereka ikhlas beribadah kepada Allah, dan mereka lalu menuju ke syurga.

Ibnu Umar pernah mengatakan: Takwa ialah kamu tidak menganggap dirimu lebih baik dari orang lain.

 

Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Umamah al-Bahili sabda Nabi .s.a.w:

ما استفاد المرء بعد تقوى الله خيرا من زوجة صالحة ، إن نظر إليها سرته ، وإن أمرها أطاعته ، وإن أقسم عليها أبرته ، وإن غاب عنها حفظته في نفسها وماله

Perkara yang paling berguna kepada seseorang selepas bertakwa kepada Allah ialah; memiliki isteri yang salihah.Sekiranya ia memandangnya pastilah ia akan menggembirakannya. Jika ia menyuruh isterinya melakukan sesuatu ia akan mentaatinya. Jika ia bersumpah terhadap isterinya, pasti dilepaskannya. Dan jika ia berjauhan dengan isterinya pastilah isterinya akan menjaga dirinya dan hartabenda suaminya.

 

Kesimpulannya kalimat takwa di dalam al-Quran membawa beberapa maksud;

1.      Takut

2.      Ibadat

3.      Meninggalkan maksiat

4.      Tauhid

5.      Ikhlas.

 

Majlis munajat dan perkongsian ilmu.

26/6/ 2021

Jam 9.15 mlm.

Alumni PBSISTA

No comments:

RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP

  RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN