Saturday 30 April 2022

NUZUL AL QURAN

MEMPERINGATI NUZUL  AL QURAN


لوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ
لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ
الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ


Kalaulah Kami turunkan Qur’an ini kepada sebuah gunung, pastilah kamu dapat melihatnya tunduk berpecahbelah kerana takutkan Allah. Dan demikianlah perumpamaan-perumpamaan yang telah Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.

Di mana jua al Quran turun atau berada, ia akan merubah keadaan dan suasana. Al-Quran mengangkat darjat sesuatu, khususnya insan dari mertabat serendah-rendahnya menjadi setinggi dan semulia-mula makhluk. Sahabat Nabi s.a.w. sebahagiannya berasal dari hamba abdi berkulit hitam Afrika seperti Bilal bin Rabah menjadi mulia apabila al-Quran meresapi diri dan jiwanya. Al Quran telah dan akan menjatuhkan serendah dan sehina-hinaya orang yang tidak menerima al Quran. Contohnya kehinaan telah menimpa Abu Jahal dan Abu Lahab.

Ambillah iktibar dari perkara berikut:

1.      Jibril Ruhul Amin malaikat termulia kerana menjadi penyampai wahyu Allah khususnya al Quran.

2.      NabiMuhammad digelar Saiyidul Mursalin dan dikurniakan kitab teragong al-Quran .

3.      Umat Muhammad menjadi Khaira Ummati Ukhrijat Linnas kerana beriman kepada Rasul penerima al-Quran

4.      Bulan Ramadhan menjadi bulan terbaik kerana menjadi bulan diturunkan al-Quran.

5.      Malam yang terbaik ialah malam Qadar, malam diturunkan al-Quran.

6.      Manusia yang hatinya penuh berisi al Quran pasti menjadi mulia sebagai manusia terbaik.

7.      Kertas Mushaf al-Quran dimuliakan semata-mata padanya tercatat ayat al-Quran. Tanpanya jadilah ia kertas tisu pengelap kotoran dan dibuag merata.

8.      Oleh itu angkatlah diri sendiri, keluarga dan umat ini dengan mengisi hati, menghayati dan menjadikan al Quran panduan kehidupan.

9.      RasululLah s.a.w. bersabda: Sebak-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengarajkannya.

Umar r.a. meriwayatkan sabda Nabi s.a.w.:

ان الله يرفع بهذا القرءان ويضع بها اخرين

Sesungguhnya Allah mengangkat (darjat) beberapa golongan dan merendahkan (darjat) beberapa golongan lain dengan sebab al Quran ini.  (Riwayat Muslim)

10.  Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Maliksabda Nabi s.a.w.:

تركتُ فيكم أَمْرَيْنِ لن تَضِلُّوا ما تَمَسَّكْتُمْ بهما : كتابَ اللهِ وسُنَّةَ نبيِّهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya. Kitab Allah (al Quran) dan Sunnah NabiNya s.a.w.

No comments:

RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP

  RANG UNDANG-UNDANG PENGGAL TETAP ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN